8.4.11

Info tentang telur palsu

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

 

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae – bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan :
  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
  • Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.


SM Mohamed Idris,
Presiden CAP

sumber : copy bulat-bulat dari Ni La BlOg Aku...

note : sile berhati-hati ketika membeli telur ayam..



|| THANKS for READING ||

12 000 ♥ comments:

Fendi BL036 said... Reply To This Comment

huhuhu..takleh baca pnuh...sebab shoutbox besar...taktau mcmne nak tutup SB tu...

telur tiruan? memang skang mcm2 org leh klon..

jom ke blog hamba...
http://nukilanaffiza.blogspot.com

CikNiza said... Reply To This Comment

@nukilanaffiza...
shoutbox besar???just klik balik kat perkataan shoutbox tu, die akan tutup balik..

Redbloodsnow said... Reply To This Comment

ada gak zie bc ttg telur ni kat belog Kella td. mcm-mcm je china ni kan. bg zie....telur ni kerja ALLAH. kenapalah nk gnie2 dorg ni ek. if nk buat tiruan...buat lah benda lain. ngoks.

eh geram lak tetiba dgn china..huhu. tapi kagum gak tgk dorg buat telur nih :D

CikNiza said... Reply To This Comment

@Redbloodsnow
tau xpe...diowg ni da terlebih advance smpai nk mengubah hukum dunia..haihhhhh..ni la yg susahnye kalo da terlebih teknologi..huhhhh

Cikgu Jaja™ said... Reply To This Comment

ha a..kena hati2 nie...

btw, sy tercari2..mane nk post comment neh..shoutbox pon xnmpak..hu~

alongxp said... Reply To This Comment

aik?leh copy ke?

CikNiza said... Reply To This Comment

@Faezah Hannah Al Baj
heheheh...yeke?/
xnmpak ke shoutbox yang kat tepi tu??alamak aiii..mcm ne ni ek..huhu

CikNiza said... Reply To This Comment

@alongxp
boleh jekkkkkk...yang penting bg linkback la...

alongxp said... Reply To This Comment

pist...camne kamu leh copy lak ek?sbb sy da disable da,nk highlight pon xleh...huhu...

CikNiza said... Reply To This Comment

@alongxp
ermm..ntah...mse sy copy tu boleh jek..

tapi sebenarnye..walaupun kte dh disable right klik ke..dh disable highlight ke..owg tetap leh highlight atau right klik..owg leh wat tu sume mse blog tgah loading...
tapi blog awk..sy tetap leh highlight..cume xleh right klik jek..kalo xleh, nk copy just tekan Ctrl+C jek..

alongxp said... Reply To This Comment

mmmm...klu bab ctrl+c tu sy tau... tp bab camne leh highlight tu...xpela...rezeki kamu...hehehe...nasib baek la kamu kredit ke sy...

CikNiza said... Reply To This Comment

@alongxp
huhu...memang boleh la highlight kat blog awk tu..

jangan risau..sy, kalo amik dr blog owg mmg sy kredit kan..