Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

7.4.13

Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

BULAN APRIL 2013 INI

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) TELAH MEMBUKA PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

URUSAN PENGISIAN JAWATAN KOSONG INI ADALAH UNTUK PERMOHONAN PERINGKAT SPM (GRED 17)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 14 APRIL 2013 JAM 11.59 MALAM








|| THANKS for READING ||

5.1.13

Panggilan misteri yang memberikan pelbagai tawaran

Assalamualaikum...
Hye readers...

Hari ni aku nak kongsi satu cerita tentang panggilan-panggilan dari nombor yang tidak diketahui asal-usulnya. Huhu… Mesti korang pun selalu dapat panggilan macam ni kan. Yelah, kadang-kadang jadi missed call jek sebab tak dengar bunyi handphone. Kadang-kadang memang korang taknak angkat. Tak kesah la tu.


Kalau aku, aku akan angkat setiap call tapi tu pun kalau kebetulan pendengaran aku dapat menangkap bunyi handphone la. Hehe… Sebabnya mana la tau, tu panggilan penting dari mana-mana la. Sebab tu harus di angkat. Huhu… Tapi kadang-kadang terperangkap juga. Rupanya yang call tu dari agensi mana-mana la yang bagi tawaran insurans la, hadiah la. Haihhh, macam-macam la.

Ayat yang selalu mereka gunakan “Panggilan ini dirakam…”, “Anda merupakan salah seorang pengguna akaun Maybank yang aktif…”. Ni antara yang aku pernah dapat la. Huhu… Bila dah macam ni diorang akan minta kebenaran masa kita dalam 2 atau 3 minit. Tapi bila diorang dah bercakap, lebih dari 2 atau 3 minit. Agak terganggu juga la kalau macam tu. Huhu… Last sekali, diorang akan bagi tawaran pape la, misalnya tawaran insuran. Bulan-bulan akan ditolak dari akaun kita sebanyak RM *** and diorang akan minta nombor akaun kita.

Baru-baru ni, aku dapat 2 panggilan yang macam ni. Panggilan pertama dari 03-58855700. Ni panggilan dari pihak Maybank katanya. Masa dapat panggilan ni, aku tengah meting guru. So, ada la alasan. Haha… Katanya dia akan call balik dalam jam 2 petang la macam tu. Bila dia call, aku tak angkat pun. Bukannya apa, kalau dia call and cakap panjang lebar kat aku pun, confirm jawapan aku “Tak pe la.. Tak nak la… Mintak maap ye..”. Huhu...

Panggilan kedua dari 03-27225678. Yang ni aku tak tau dari mana, sebabnya aku tak pernah angkat pun call dari nombor ni. Mula-mula dia call aku tengah tidur kot, agaknya aku terangkat. Haha… Pas tu dia call balik, so jadilah missed call je. Then, buat tak tau je la. Huhu… 2 atau 3 hari lepas tu, dia call lagi. Tapi aku tak angkat sebab tak dengar. Masa tu dah start ngaja da. Handphone dalam bag, tak dengar. Huhu… Hari ni tetiba teringin nak search nombor ni kat Goggle. Then keluar la satu blog ni yang cerita tentang nombor-nombor ni. Huhu… Then, aku try cari info dari WhoCallsMe. Taraaaa…ramai juga rupanya yang dah pernah dapat call dari nombor ni.

So, kalau korang terima call atau missed call dari nombor-nombor yang tidak dikenali, dan korang nak tau dari mana. Boleh try cari info kat WhoCallsMe. Taipkan nombor telefon berkenaan dan search.

Moral of the story : beringat sebelum terkena. Sebab lastnya, diorang akan minta nombor akaun kita dan akan tolak bulan-bulan beberapa jumlah yang dia beritahu. Tapi bila dah confirm, jumlah yang ditolak melebihi jumlah asal yang diberitahu. Harap dijauhkan semuanya.

Kredit : Pokpa blog



|| THANKS for READING ||

3.12.12

permohonan jawatan kosong @ UTEM


iklan jawatan kosong

untuk permohonan di UTEM, Melaka

26/11/2012 - 16/12/2012



klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut





|| THANKS for READING ||

22.12.11

duit Ringgit Malaysia baru cantik la..hehe

Bank Negara Malaysia nak keluarkan duit baru
ia akan digunakan bermula JANUARY 2012
kat berite malam tadi pun dah ade
kepade sesape yang nak tau rupe bentuk duit Malaysia baru

INILAH DIA
cantik kan..hehe..
duit syiling pun nak tukar baru ye..
v
v
v
v
v
v
v

|| THANKS for READING ||

19.12.11

result PMR 2011 dah nak keluar ye..

PERHATIAN CALON PMR 2011

result PMR 2011 akan keluar pada
KHAMIS, 22 DISEMBER 2011 selepas jam 10 pagi

nak cek gune sms pun boleh ye
mula 10 pagi 22 DISEMBER 2011 hingga 12 malam 28 DISEMBER 2011
taip PMR <jarak> no ic <jarak> no giliran dan hantar ke 15888

SUMBER : laman web KPM


sekian, terima kasih :)



|| THANKS for READING ||

23.4.11

nizamk.blogspot.com dah ade fesbuk fan page

yuhuuuuuu
malam ni ke'gewdiks'an melanda..hahahha

ni nak inform kowang-kowang sume ni.........
blog cikniza dah ade fan page kat fesbuk......hehehhehe
kowang kene jugak..tak kire..hahaha
sape-sape yang sudi...sile-sile la LIKE ae...hehehe


note : klik button LIKE atas ni untuk ke page fb fan nizamk[dot]blogspot[dot]com



|| THANKS for READING ||

8.4.11

Info tentang telur palsu

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

 

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae – bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan :
  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
  • Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.


SM Mohamed Idris,
Presiden CAP

sumber : copy bulat-bulat dari Ni La BlOg Aku...

note : sile berhati-hati ketika membeli telur ayam..



|| THANKS for READING ||

30.3.11

Cara tangani virus kat fesbuk

kowang ade penah klik link-link yang kowang tak tau tak kat fesbuk tu??
kadang-kadang kalau kowang pasan member-member kowang share bende tah pape jek
and mesti ade kat HOME FESBUK kowang
kowang dinasihatkan JANGAN KLIK link tu
tu adalah link VIRUS

lagi satu kalau kowang pasan
kadang-kadang naek kat chatbox kowang pasal link-link yang kowang tak tau jugak
kowang dinasihatkan JANGAN KLIK jugak link tu
sebab tu adalah VIRUS

nak tau cam ne nak buang virus tu
klik link blog ni --> UDE

note: cikniza malas nak tulis and karang ayat baek punye siap gambar-gambar..hehe
so, cikniza bagi link blog beliau je k
kowang dinasihatkan agar JANGAN KLIK link-link yang tak patut tu



|| THANKS for READING ||

cikniza ♥ Garnier Skin Naturals

assalamualaikum pembuka bicara
cewahhhhh..formal la pulak aku ni..hahaha
ari ni cikniza nak cite pasal produk GARNIER
sape yang tak kenal kan..al maklumla LISA SURIHANI yang jadi duta garnier..hehe
thats why la cikniza pun leh terjebak kat produk ni..hehe

wat mase ni cikniza baru pakai cream nye jek
teringin gak nak pakai yang bebola sapu bawah mate tu..huhu

Foto 1: Garnier Light Oil Control cream

ekceli sebelum ni muke cikniza okey jek
pas tu pas try satu produk ni (sebelum garnier), muke makin okey
licin..halus jek muke..sangat suke okeyyyyyy
harge pun sangat la cantik nombornye..hehe..paham-paham sendiri la ye..hhuhu
sampai la produk tu abis..terus muke ni jadi teruk
jerawat tak usah cakap la
mak cikniza, akak-akak sume takot tengok
jerawat-jerawatnye cam idup jek
lagi-lagi kalau tyme cuaca panas
diri ni tak usah cakap la..risau sangat-sangat..
rase tak confident ngan diri sendiri pun ye jugak
malu nak berhadapan ngan orang ramai
penah la terfikir nak g New York Skin Solutions..tapi tak tertunai idea tu..hehe

last-last cam berkenan kat produk ni
salah satu faktornye duta produk tu la..hahahah
sangat menarik hati pelanggan okey iklan-iklan kat tv tu..huhu
sebab berjaye tawan hati aku kat produk ni.hehe
akhirnye muke cikniza kembali okey
alhamdulillah..lege sangat-sangat

wat mase ni..cikniza just pakai cream nye jek
cuci muke lak pakai sabun TIA AMELIA jek..huhu
tu pun sebab sebelum ni ade try tia amelia tu gak..hehe
just pakai krim kunyit n sabun cuci muke..huhu
ade la pakai dalam sebulan due kot..
pas tu tukar ke garnier and sampai sekarang la pakai product ni..hehe

note: syukur alhamdulillah muke da tak macam sebelum ni



|| THANKS for READING ||

18.3.11

Tsunami di Jepun bukti kiamat semakin hampir

Ya Allah hai.....takotnye aku...
amalan untuk bekalan kat akhirat masih kurang..dose makin banyak..
dalam tengah busy siapkan tesis yang masih belum siap ni
ade kawan aku share satu artikel kat fesbuk
aku dah mintak kebenaran nak share kat blog
kowang baca lah ae sebagai renungan dan ingatan kepada kowang n aku juga


Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah: 
  1. Zina bermaharajalela.
  2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
  3. Bermaharajalela alat muzik.
  4. Menghias masjid dan membanggakannya. 
  5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang 
  6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. 
  7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa. 
  8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda. 
  9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
  10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi. 
  11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat. 
  12. Orang akan melakukan homoseksual. 
  13. Akan terdapat ramai anak luar nikah. 
  14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik 
  15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  16. Banyaknya berlaku gempa bumi.  
Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur. Jepun, 11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA. Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

kredit: Layar Minda



|| THANKS for READING ||

13.3.11

Tarikh pengumuman keputusan SPM 2010

PERHATIAN!!!
kepada pelajar-pelajar yang telah menduduki SPM tahun lepas

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2010
23 mac 2011

cikniza doakan kowang yang amik result SPM ni
dapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan ibubapa & sekolah
ingat..SPM adalah segala-galanya dalam hidup
nak cari kerja, owang tanye SPM dulu


ank buah cikniza pun bakal mengambil keputusan SPM ni
namenye MUHAMMAD SYAHIRAN BIN NOOR AZMAN
nak ngorat leh, single lagi ni..hahhhaa
dia belajar kat Sekolah Menengah Sains Alam Shah,Cheras
hope ank buah cikniza dapat 10A1 dalam SPM
amin...

INFO LANJUT : New Straits Times
SUMBER : Jom Klik Blog



|| THANKS for READING ||

11.3.11

Tsunami di Japan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
tadi mase bukak dashboard blog
sume dok tulis entry pasal tsunami kat Japan
bukak la bace..uishhh berite baru berlaku ni
aku bukak google, google siap bg amaran lg pasal tsunami ni

dan dan tu jugak aku bukak Youtube
mane tau ade video videonye..sekali adeeeeee ko..
cepat dan pantas kan diowg ni upload dalam Youtube
kowang kalo nak search..just type TSUNAMI DI JEPUN
berderattttt kuar video pasal tsunami ni..

takot wehhh aku tengok tsunami yang berlaku ni
habis sume kete kene hanyut..feri feri tu pun same
apetah lagi rumah rumah..manusia..binatang..
landasan kat lapangan terbang tu pun same kene naek air
mane tak nye..gempa bumi berkekuatan 8.9 magnitud kat Timur Laut Jepun
tu yang buat air naek setinggi 10 meter..
(sumber: Youtube Jepun Dilanda Tsunami (1) from Mediakini TV)


 news pasal tsunami ni ade gak kat --> AlJazeeraEnglish's Channel
koleksi gamba gamba tsunami ade kat sini
NOTE: muhasabah diri..agaknye macam ni la tyme Hari Kiamat nanti..sikit skit Allah s.w.t dah tunjukkan hint hint nye..nauzubillah..same same la kite doakan mereka mereka yang kat sane selamat dan mampu hadapi sume ni dengan redha. tak lupe jugak semoge kite yang kat Malaysia ni, semoge selamat dari bencane alam ni..amin..



|| THANKS for READING ||

15.2.11

alunan azan tak berhenti di bumi

assalamualaikum dan salam sejahtera
ari ni da masuk 12 Rabiul Awal 1432 H
Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w
mari  kite sedekahkan Al-Fatihah kepada nabi kite
Al-Fatihah...

sebenarnya..tadi tengah on facebook
tetibe chat box aku naek..de owang sent something


aku pun cam tekejot gak la bace mesej ni
aku de penah tengok satu video ni pasal azan
okey la..aku attach sekali kat sini k..


first tyme pas tengok video ni
aku cam teruja ngan kebesaran Allah s.w.t
sesungguhnye Dia maha Kaya yang mencipta alam ini
bumi ni hanya di beri pinjam kepade kite je
tubuh badan ni pun untuk sementare
sampai masenye nanti..semua ni akan dipulangkan semule kepade pemiliknye

note: renungilah kebesaran ALLAH s.w.t



|| THANKS for READING ||

21.1.11

Johorean Blogger

salam kowang sume..

aku de cite baru ni...tapi mybe ni cite lame bg kowang sume..hehe
tadi tengah blogwalking, aku terjumpe satu link ni
kowang penah dengar tak ---> JOHOREAN BLOGGERS
Johorean Bloggers ni lebih kurang cam GENGBLOGGER gak
yang bezenye johorean bloggers ni sign in gune twitter
kalo gengblogger ni sign in gune facebook



kepada blogger blogger JOHOR
jom sign in kat sini..
aku dah sign in da..
^__^



|| THANKS for READING ||

18.1.11

Peta dunia membentuk kalimah ALLAH dan MUHAMMAD

tengah blogwalking bace entry entry owang
terbace info pasal PETA DUNIA ni
sangat sangat memperlihatkan kekuasaan Allah s.w.t

peta dunia ni kalo diterbalikkan
ia akan membentuk kalimah ALLAH dan MUHAMMAD
kat bawah ni gamba yang akan bagi kowang lebih paham

SUBAHANALLAH



kredit kepade: Skuter Kopa



|| THANKS for READING ||

14.1.11

Ulser Mulut

sape yang tak penah kene ulser --> angkat tangan
hahaha..mesti sume penah merase sakitnye kene ulser kan
macam yang aku tengah rase sekarang ni la
tak tau la nape tetibe leh de ulser lak
kat area gigi geraham lak tu
hujung belakang..kiri kanan lak tu..adehhh
semalam ade belah kanan jek..tp tadi terase pedih pedih belah kiri lak
nasib bek tak berape nak sakit sangat la
tapi..cakap pun kene cover cover..
tak leh bukak mulut besar besar sangat..hahaha

kat sini aku nak kongsi satu TIPS
kowang kalo kene ulser bubuh ubat ape??
hurmm..mesti de macam macam care kan
yang aku tau bubuh garam
wooo..manyak pedih ooo..care ni aku tak penah wat (tak berani)
aku selalu bubuh minyak gamat ---> tyme dolu dolu la
pelik ke??aku rase tak kot..hehe
tapi memang agak pelik untuk segelintir kowang kan..hehe
tak pe la kan..nak baek kan..hehe
tapi sekang aku buh ubat farmasi jek
ORAL AID LOTION


Sumber: pakcik Google

haaa..ni la rupe bentuknye..hehe
ermm..rasenye ade sikit cam pahit pahit gitu
aku tak berape suke sangat..huhu
bubuh la kat ulser kowang tyme nak tido
insyallah..lame lame akan baek la ulser tu

●● utamakan kesihatan ●●



|| THANKS for READING ||

10.1.11

Anugerah Juara Lagu 25



akhirnye terjawab suda..
sape kah yang akan bergelar JUARA LAGU KALI KE-25
tahniah kepada ANA RAFFALI


Keputusan AJL 25
No 1 - Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku)
No 2 - Black & Meet Uncle Hussein (Drama King)
No 3 - Hafiz (Noktah Cinta)
Vokal Terbaik - Faizal Tahir (Hanyut)
Persembahan Terbaik - Hafiz (Noktah Cinta)


List Giliran Turutan Persembahan AJL25

Yuna - Cinta Sempurna
Tomok - Berlari
A.P.I - Pelita
Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Black & Meet Uncle Hussein - Drama King
Hafiz - Noktah Cinta
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Faizal Tahir - Selamat Malam
Adira - Ku Ada Kamu
Bunkface - Extravaganza
Black - Sofea Jane
Faizal Tahir - Hanyut
Stacy - Jahat
Hujan - Mencari Konklusi

●● Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi ●●



|| THANKS for READING ||

5.1.11

Cara Mengurangkan Senggugut

salam uol..pe kabo??sihat sume??
kalo sihat..alhamdulillah..aku pun sihat walafiat gak..hehe
okey la..strait to the point la ae..
aku nk bagi satu tips ari ni..
tips ni memang aku sentiase amalkan sampai skang

ahaaaa...first sekali aku nak tanye
kowang kenal tak daun pegage??
tak kenal??ermm..alaaa..daun pegage ni salah satu daripada ulam ulaman
okey la..okey la..aku buh gambo nye ye..


*daun pegage kat umah saye..hihihi

haaaa..udah kenai??gud gud..hehe
okey la..care nye senang jek
mule mule..uol amik la daun pegage ni
tapi amik ngan akar akar nye sekali tau


*daun pegage beserta akar akarnye

pas tu..basuh hingge bersih..
buang la segale tanah tanah atau kotoran kotoran kat daun pegage tu
kan nak wat minum kan..kene le bersih..kan..kan..


*basuh daun pegage tu hingge bersih

pas tu..dah bersih..tyme to blender okey
blander kan daun pegage tu..
campurkan ngan kunyit sikitttttt jek..pas tu buh la air skit..
kalo tak, blander nye tak mau gerak nanti..kan..kan..hehe


*sedia untuk di blander

pas tu..dah siap blander..leh la di minum air nye..
minum la sehari 2 kali -----> pagi ngan malam


*da siap..leh la minum skang..hehe

kalo leh tyme nak dekat period tu
minum la air daun pegage ni
tak de la tiap kali period, nak menahan sakit senggugut jek
tak tahan wehhhh..
lagi pun, tak elok kalo asik bergantung kat ubat senggugut jek..tol tak??
lebih bek try minum ulam ulaman nih
aku pun mengamalkannye sampai sekang ni
alhamdulillah..tyme period tu tak de la sakit sangat..
memang la akan sakit perot..tapi tak de la teruk sangat..
okey uol..selamat mencube..

●● utamakan kesihatan ●●



|| THANKS for READING ||

4.1.11

Pisang

kowang kenal pisang tak??
kalo tak kenal tak tau la aku nak cakap cam ne..hehe
haaaa..nasib bek kenal..bagus..bagus..

tapi kat sini aku bukan nak cakap pasal pisang biase tau
ni pisang len dari yang len
tapi tak tau la maybe ade yang penah tengok kot
pisang ni bukan macam pisang biase yang kite leh wat makan
daripada apa yang my ayah cakap
pisang ni tak leh di wat makan
just tuk perhiasan jek leh la..hehe
okey la..aku tunjuk ae pisang nye
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


*location: depan rumah

seeeeeeeeee..the buah pisang nye..
panjang kan..bukan cam pisang len kan


*gambaran dekat buah pisang ni

hehe..aku first tyme tengok pisang ni kat umah atok sedare aku
die tanam kat jalan nak masuk umah die
kat PARIT MAKUASENG, BENUT, PONTIAN, JOHOR
pas tu..my ayah pun ngendeng ngendeng la anak pisang ni
nak tanam kat umah gak..hehe
ekceli, kejadian ni dah bertaun da berlaku..hehe
okey lah..tu jek la aku nak cite kali ni..
daaaaaaaaaa

●● kagumi kebesaran ciptaan ALLAH S.W.T ●●



|| THANKS for READING ||

25.12.10

Takwim akademik UPSI semester 1 sesi 2010/2011



Takwim bagi program ISMP sesi 2010/2011

Kuliah (4 Minggu) 03.01.2010 - 28.01.2010
Cuti Pertengahan Semester (2 Minggu) 29.01.2010 - 06.02.2010
Kuliah (10 Minggu) 07.02.2010 - 15.04.2010
Minggu Ulang Kaji (1 Minggu) 16.04.2010 - 24.04.2010
Peperiksaan (3 Minggu) 25.04.2010 - 13.05.2010
Cuti Semester (3 Minggu) 04.05.2010 - 24.07.2009



|| THANKS for READING ||