5.1.13

Panggilan misteri yang memberikan pelbagai tawaran

Assalamualaikum...
Hye readers...

Hari ni aku nak kongsi satu cerita tentang panggilan-panggilan dari nombor yang tidak diketahui asal-usulnya. Huhu… Mesti korang pun selalu dapat panggilan macam ni kan. Yelah, kadang-kadang jadi missed call jek sebab tak dengar bunyi handphone. Kadang-kadang memang korang taknak angkat. Tak kesah la tu.


Kalau aku, aku akan angkat setiap call tapi tu pun kalau kebetulan pendengaran aku dapat menangkap bunyi handphone la. Hehe… Sebabnya mana la tau, tu panggilan penting dari mana-mana la. Sebab tu harus di angkat. Huhu… Tapi kadang-kadang terperangkap juga. Rupanya yang call tu dari agensi mana-mana la yang bagi tawaran insurans la, hadiah la. Haihhh, macam-macam la.

Ayat yang selalu mereka gunakan “Panggilan ini dirakam…”, “Anda merupakan salah seorang pengguna akaun Maybank yang aktif…”. Ni antara yang aku pernah dapat la. Huhu… Bila dah macam ni diorang akan minta kebenaran masa kita dalam 2 atau 3 minit. Tapi bila diorang dah bercakap, lebih dari 2 atau 3 minit. Agak terganggu juga la kalau macam tu. Huhu… Last sekali, diorang akan bagi tawaran pape la, misalnya tawaran insuran. Bulan-bulan akan ditolak dari akaun kita sebanyak RM *** and diorang akan minta nombor akaun kita.

Baru-baru ni, aku dapat 2 panggilan yang macam ni. Panggilan pertama dari 03-58855700. Ni panggilan dari pihak Maybank katanya. Masa dapat panggilan ni, aku tengah meting guru. So, ada la alasan. Haha… Katanya dia akan call balik dalam jam 2 petang la macam tu. Bila dia call, aku tak angkat pun. Bukannya apa, kalau dia call and cakap panjang lebar kat aku pun, confirm jawapan aku “Tak pe la.. Tak nak la… Mintak maap ye..”. Huhu...

Panggilan kedua dari 03-27225678. Yang ni aku tak tau dari mana, sebabnya aku tak pernah angkat pun call dari nombor ni. Mula-mula dia call aku tengah tidur kot, agaknya aku terangkat. Haha… Pas tu dia call balik, so jadilah missed call je. Then, buat tak tau je la. Huhu… 2 atau 3 hari lepas tu, dia call lagi. Tapi aku tak angkat sebab tak dengar. Masa tu dah start ngaja da. Handphone dalam bag, tak dengar. Huhu… Hari ni tetiba teringin nak search nombor ni kat Goggle. Then keluar la satu blog ni yang cerita tentang nombor-nombor ni. Huhu… Then, aku try cari info dari WhoCallsMe. Taraaaa…ramai juga rupanya yang dah pernah dapat call dari nombor ni.

So, kalau korang terima call atau missed call dari nombor-nombor yang tidak dikenali, dan korang nak tau dari mana. Boleh try cari info kat WhoCallsMe. Taipkan nombor telefon berkenaan dan search.

Moral of the story : beringat sebelum terkena. Sebab lastnya, diorang akan minta nombor akaun kita dan akan tolak bulan-bulan beberapa jumlah yang dia beritahu. Tapi bila dah confirm, jumlah yang ditolak melebihi jumlah asal yang diberitahu. Harap dijauhkan semuanya.

Kredit : Pokpa blog



|| THANKS for READING ||

0 000 ♥ comments: