Showing posts with label dunia guru. Show all posts
Showing posts with label dunia guru. Show all posts

1.4.13

Jom sekolah esok...

hyeee readers....



Kejap je da nak naik sekolah semule....
Rasenye macam baru semalam je mule cuti... Huhu
Ternyata cuti seminggu rase macam tak cuti..
Sebab hari-hari buat kerje sekolah...
Padahal, kalau fokus buat je memang la cepat siap, ni tak...
Sebelum buat kerja, buka facebook dulu...
Memang sah la ngadap facebook lagi lame dari ngadap kerja.. Hahahaha

Tapi aku berjaya menghabiskan tande semua buku-buku latihan students aku
Yeahhhhh... Ni la hasil tekadkan diri tak on laptop sehari... Hehe

Next time memang kene cekalkan hati...
Kalau tak, memang sume kerja tak menjadi... Huhhhh


* okeh !! Jom tidur sume... Esok nak bangun pagi... Kita pergi sekolah ramai-ramai....... ^_^




|| THANKS for READING ||

25.1.13

Nama ayah sama tapi bukan adik-beradik

Assalamualaikum...
Hye sumer...

Aku nak story cikit ni. Hehe. Sebelum ni aku ade cite kan tentang tugas-tugas aku kat sekolah tahun ni. Kalo tak penah baca, leh klik SINI. Oleh sebab itu, tugas pertama sebagai PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN, aku kene susun semula nama pelajar-pelajar form 1 yang daftar dalam kelab dan persatuan. Kalau badan beruniform dan sukan permainan, penyelaras berkenaan la yang settle kan. Hehe.

Tengah dok khusyuk belek sehelai-sehelai kertas pendaftaran student-student ni. Tiba-tiba aku terpandang satu nama ni yang ber'bin' kan sama dengan nama ayah ku. Cuma ejaan MOHD nye je yang lain. Hehe. Tiba-tiba rasa sangat teruja sebab ni la kali pertama aku jumpe nama yang sama dengan nama ayah aku. Huhu.

Ni la buktinya.....Lihat pada perkataan yang bergaris warna merah..



Nama ayah aku ialah MOHAMED KASEH @ MOHAMAD KASEH tapi nama ayah student ni MOHD KASEH. Hehe... Sama kan. Tapi kami bukan adik-beradik ye.

Misi aku kali ni, nak cari student ni. Boleh tak?? Hehe...

 

|| THANKS for READING ||

2.1.13

welcome back to school 2013

 
 
gud mowning everyone

how u feel today??

happy?? sad?? excited ??

SAYA MENGUCAPKAN

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DI TAHUN BARU 2013


KEPADA PELAJAR-PELAJAR SAYA

saya sangat-sangat pasti

kamu sume datang ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan 2013
  
dengan baju sekolah baru, kasut sekolah baru, beg sekolah baru

dengan wajah yang ceria, semangat yang berkobar-kobar

dan pastikan juga dengan azam dan niat yang baru

untuk menjadi pelajar yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini 


KEPADA PARA PENDIDIK [termasuk saya]

saya juga pasti


anda sume datang ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan 2013

dengan kemeja baru, tie baru, kasut berkilat
[bagi lelaki]

dengan baju baru, tudung baru, kasut baru, handbeg baru
[bagi perempuan]

dan pastikan juga

dengan azam dan niat yang membara untuk mendidik anak bangsa

dengan niat untuk menjadi seorang guru

yang lebih baik

yang lebih cekal

yang lebih kreatif

yang lebih berdedikasi
  
dari tahun-tahun sebelum ini

jika niat anda baik, pasti Tuhan akan membantu anda
sesungguhnya, tugas mendidik adalah tugas yang paling mulia



|| THANKS for READING ||

30.12.12

Claim kursus PBS dah dapat

Assalamualaikum...
Hye readers...

Sebelum cuti akhir tahun tempoh hari, aku ada mengikuti KURSUS PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) di SMK Tenang Stesen. Jarak dari rumah ke tempat kursus sangat dekat. Dan tempat kursus itu juga adalah sekolah lama aku. Dapat la jumpe cikgu-cikgu mase form 4 and form 5 dulu. Antaranya Cikgu Nora dan Cikgu Lim Siew Phang.

Cikgu Nora dulu adalah guru kelas aku masa form4 and form 5. Beliau ajar subjek Bahasa Melayu. Cikgu Lim Siew Phang pula adalah cikgu Add Math dan Math Moden. Math Moden je yang aku boleh dapat A, tapi Add Math kirim salam je la. Haha. Papepun, SPM aku tetap LULUS semua okey. :)

Eh...da melalut jauh da ni. Sebenarnya nak cerita yang claim pergi kursus tu dah masuk. Yehaaaa !!! Happy kooo.... Mule-mule tengok Maybank2u, duit ape pulak la yang masuk ni. Nasib baik memory ni boleh berfungsi dengan baik. Hehe.

See....Jangan jeles okey. Sape-sape yang pergi kursus PBS tempoh hari, boleh la check akaun anda.

 

Best jadi cikgu ni. Dekat ke jauh ke, boleh claim-claim. Hehe. Tapi kalau dekat tu, nak tak nak je la claim. Kalau ada yang tak nak pun boleh. Kalau nak pun boleh. Hehe.

So, marilah kita berjimat-cermat kerana ia adalah amalan yang mulia. Sekian, pesanan dari penaja. :)
 
Okey bye readers...



|| THANKS for READING ||

Tugas baru 2013 !!!

Assalamualaikum...

Hye semua. Apa khabar?

Alhamdulillah. Mesyuarat awal tahun 2013 telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada semua guru yang dapat hadir. Pagi-pagi sampai sekolah, semua guru berwajah ceria. Al-maklumlah sebulan lebih tidak ketemu. Pasti terasa rindu di hati. Betul kan...?

Berakhirnya mesyuarat itu, maka berakhirlah juga segala persoalan di minda aku. Ye lah, sebelum mesyuarat hari tu punya lah risau dapat jawatan ape lah nanti. Masuk-masuk je bilik mesyuarat, terus dapat Buku Pengurusan Sekolah. Tahun ni punye cantik okey. Siap dibukukan lagi. Wahhhhh!! Teruja...


Benda pertama yang dibelek ialah BUKU PENGURUSAN ni lah. Motif nak cek jawatan ape yang bakal disandang.

TUGAS BARU 2013 
  • Guru Tingkatan 2B
  • Penyelaras Kelab / Persatuan
  • Ketua (P) Rumah Sukan Kasuari (Ungu)
  • Setiausaha PINCH
  • Penolong Setiausaha Pencatat Minit Mesyuarat Guru
  • AJK Perhimpunan Sekolah
  • AJK Penilaian Kokurikulum
  • AJK Merentas Desa 2013   
  • Guru penasihat (Kadet Polis (P), Kelab Rukun Negara, Permainan Hoki) 

Banyakkan. Alhamdulillah, memang dah agak bakal dapat jawatan-jawatan ni. GPK KOKO memang macam dah ain jek dari tahun lepas. Haihhh la Encik Supei. Papepun, please guide saya dapat menjalankan tugas. Peace yoo..

HARAPAN
Dengan jawatan-jawatan baru ini, aku dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berjaya. Semoga segala urusanku dipermudahkan. Amin... :)



|| THANKS for READING ||

26.12.12

mesyuarat awal tahun 2013

Assalamualaikum...

tahun 2012 bakal menutup tirai..
tak lama lagi tahun 2013 pula akan menjelama..
mesyuarat awal tahun bakal berlangsung..
bagi sekolah saya, mesyuarat mula 27hb 12 2012 dan 28hb12 2012..
then, bermulalah tugas sebagai seorang guru..
bagi yang menjadi guru tingkatan, akan sibuk menguruskan hal pendaftaran pelajar-pelajar..

agak-agak, aku jadi guru tingkatan ke tak ek... kelas mane la yang bertuah tu.. haihhhh..risau cheq...
subjek ape plak la yang aku dapat ni nanti... and kelas mane pulak la aku akan ajar..

sumenye bakal terjawab pada mesyuarat nanti... semoga semuanya elok-elok belaka...aminnnn...



|| THANKS for READING ||

2.12.12

alhamdulillah...duit klim pergi kursus induksi dah masuk..

pagi ni ade satu mesej masuk

mengatakan duit klim bukan SEPTEMBER dah masuk dalam akaun

dan terus la bukak maybank2u


 

yupppp...klim dah masuk...

alhamdulillah....

sikit pun, okey la tu kan..hehe


# ni duit klim mase pergi Kursus Induksi ari tu
kalo pergi kursus mane-mane memang boleh tuntut klim perjalanan 



|| THANKS for READING ||

28.11.12

perjalanan sebelum menjadi GURU

assalamualaikum sume

hari ni cik niza nak story-mory kat korang
ni berkaitan kesah perjalanan cik niza sebelum bergelar GURU BERJAWATAN TETAP

sebelum melanjutkan pelajaran ke UPSI dalam bidang pendidikan
cik niza belajar kat POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA dalam bidang kejuruteraan elektrik
ohooooo...budak letrik tau...jangan main-main...kene karen nanti....hehehe

di UPSI, cik niza belajar selama 8 semester bersamaan 4 tahun..lame kan...huhu
tahun pertama (2008) - semester 1 dan 2
tahun kedua (2009) - semester 3 dan 4
tahun ketiga (2010) - semester 5 dan 6
tahun keempat (2011) - semester 7 dan 8

TAHUN PERTAMA
belajar macam biasa....time tu, result terukkkk...hahahah
maybe sebab terkejot ngan subjek-subjek yang diambil...
sebab kos cik niza lebih ke arah sastera
mase sekola amik sains tulen, masuk poli amik kejuruteraan, masuk UPSI dapat sastera pulak
tak ke leh mereng jadinye....hahha
tapi tu la rezeki namenye...

TAHUN KEDUA
 mase cuti semester nak naik semester 4
kami perlu menjalani ROS (Rancangan Orientasi Sekolah)
ni lah first time masuk ke sekolah bukan sebagai PELAJAR
macam-macam perasaan ade, excited, teruje, takot, seronok..
tapi ROS ni dalam tempoh masa 2 minggu sahaja
we just cari bahan untuk buat report
secara tak langsung bagi pendedahan awal tentang kehidupan sebagai seorang guru
cik niza menjalani ROS, di SMK Labis, Segamat, Johor.


seriusly...muke lom matang...hahahhahaaaaa


TAHUN KETIGA
belajar macam biasa....time tu da boleh catchup belajar da
result pun dah maintain dari semester 3..seronok sangat-sangat
start semester 3 tu la, da pandai nak maintain pointer
masing-masing nak kejar DEKAN..hehe
dan alhamdulillah, cik niza dapat merase mendapat ANUGERAH DEKAN beberapa kali

mase cuti semester nak naik semester 6
kami perlu menjalani LATIHAN INDUSTRI selama 8 minggu (2 bulan)
di mana-mana jabatan kerajaan atau swasta
cik niza melaksanakannya di PEJABAT FELDA BESOUT 2, SUNGKAI, PERAK

dalam tahun ni jugak iaitu dalam semester 6
da kene wat proposal untuk TESIS
tesis nye akan dilaksanakan dalam semester 7
memang pening la nak cari tajuk...huhu
alhamdulillah..pensyarah, rakan-rakan dan keluarga banyak membantu memberi idea

TAHUN KEEMPAT
memang sangat mencabar sebagai seorang mahasiswi
semester 7 memang sangat sibuk dengan TESIS
banyak kali jugak la turun naik KL
tapi bukan jenjalan makan angin ye..tapi pergi ke library UM, library negara, cari bahan tesis
boleh dikatekan tiap-tiap minggu mesti akan turun naik KL
pas tu, turun naik ke tempat kajian
mase tu, lokasi kajian cik niza kat Parit Makuaseng, Benut, Pontian..
family dan saudara-mara yang banyak membantu
dan alhamdulillah, semuanya selesai dan berjaya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan



 tesis yang dah siap dijilid sebanyak 3 copy


dan semester 8 iaitu semester terakhir
kemuncak bagi seorang mahasiswi pendidikan iaitu PRAKTIKAL
yup...kami menjalani praktikal selama 14 minggu (3 bulan setengah)
banyak yang cik niza pelajari mase praktikal ni
cik niza menjalankan praktikal di SMK Labis, Segamat, Johor
first time masuk kelas..tak yah cakap la
memang sangat-sangat takut, gugup..yela kan, tak penah cakap kat depan..hehe
tapi, lama-lama dah biasa..alhamdulillah


da nampak wajah keGURUan tak..??heheheee


ni la sedikit kesah perjalanan kehidupan cik niza semasa belajar
dan kita perlu berusaha untuk mendapatkan kejayaan
setiap kejayaan perlulah bermula dengan kesusahan
seperti pepatah melayu "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"
sesungguhnya, ibu dan ayah yang sangat nak melihat kita berjaya
yang nak tengok kita terima sijil mase konvokesyen

-------------------------------------------------------------------
nasihat cik niza pada semua terutamanya anak-anak murid ku
belajar lah bersungguh-sungguh bermula di alam persekolahan
supaya kamu semua tidak akan menyesal kemudian hari
sekian..
-------------------------------------------------------------------

terima kasih kerana membaca..



|| THANKS for READING ||

22.7.12

Imam Solat



korang pernah jadi imam dalam solat???
kalau pernah, pe yang korang rase mase first tyme jadi imam??
gemuruh kan..rase macam "ehhh, betul ke ni??", "cam ne nak doa panjang-panjang ni??"

first tyme jadi imam dalam solat
haihhhh..rase len macam..
terase diri ni masih tak cukup ilmu lagi
bile tyme nak doa...alamak...nak bace doa ape ni??
sebab selalunye, kalo solat sowang-sowang, doa bace dalam BM jek
ikot sedap mulut jek nak doa ape
sebab bagi aku, doa melayu lagi senang, sbb aku paham 100%
kalo doa arab, kene fahamkan maksudnye dulu
baru leh sampai ke hati..huhu

tapi, walau ape pun
ia adalah satu pengalaman bagi aku
kalo tak macam ni, sampai bile pun aku tak kan berkembang
tak kan de kesedaran nak majukan lagi diri ni
nak tambah ilmu yang masih senipis kulit bawang

terime kasih
sebab memberi aku peluang itu Ya Allah



|| THANKS for READING ||

31.5.12

alhamdulillah . . . akhirnye penantian sudah berakhir



penantian akhirnye berakhir
akhirnye aku di tempatkan
di daerah SEGAMAT
di SEKOLAH TINGGI SEGAMAT, JOHOR


alhamdulillah...
aku sangat bersyukur kepada-Mu Ya Allah
permudahkanlah perjalananku di sekolah ini
amin . . .



|| THANKS for READING ||

posting ke Negeri JOHOR



NEGERI PENEMPATAN : JOHOR


weeeee...alhamdulillah...
tapi daerah mane???
jeng...jeng...jeng...



|| THANKS for READING ||

alhamdulillah . . . aku lulus interview



TAHNIAH ! ! !

ANDA BERJAYA ! ! !



|| THANKS for READING ||

12.3.12

c u t i . s e k o l a



10 mac 2012
until
18 mac 2012


is a
S C H O O L . H O L I D A Y
yipieeeeeeeeeeeeee
^_________^


so...
SELAMAT MEREHATKAN DIRI
hehehehe....



|| THANKS for READING ||

7.3.12

doa seorang GURU



wahai pelajar-pelajar ku yang dikasihi sekalian

jangan sesekali cikgu awak sume menyimpan doa yang tak elok kepada awak
atas sikap dan perangai awak sume yang menyakitkan hati cikgu-cikgu kalian
kerana...doa seorang guru sangat makbul
macam doa ibu dan bapa awak sume


kepada bekas cikgu-cikgu ku dan lecturer-lecturer ku
saya Rusniza bte Mohamed Kaseh
meminta maaf jika selame saye belajar dengan kalian
ade sikap dan tingkah laku saye yang tidak menyenangkan kalian
ampun maaf dari hujung rambut ke hujung kaki
halalkan ilmu yang kalian curahkan kepada saye
berkatilah tugas saye pule sebagai seorang guru seperti kalian


mood : muhasabah diri
=____='



|| THANKS for READING ||

kau berdose dengan aku ! ! !



seorang pelajar yang inggar dengan arahan aku
seorang pelajar yang meninggikan suara dengan aku
seorang pelajar yang melawan cakap aku


aku as a CIKGU pada pelajar itu


salah tak kalau aku menghukum pelajar itu
dengan tidak memberikan kemaafan atas tindakan die
selagi pelajar tersebut tak mintak maaf dengan aku
aku memang tak akan maafkan pelajar tu


PUNCA situasi hanyalah sebab SEEKOR KUMBANG BESAR tu

aku suh pelajar tu buang KUMBANG tu
sebab aku tau kalau die simpan, die akan kacau kawan-kawan die yang lain
nanti mesti akan menyebabkan suasana yang BISING
pas tu boleh pelajar tu kate
"agak-agak la cikgu, binatang kot nak buang-buang ni"
aku suh la die lepaskan binatang tu
die tak nak
die letak bawah meje je

yang aku sakit ati tu
die adalah PELAJAR MELAYU
aku juge ORANG MELAYU

ape nak jadi dengan pelajar melayu sekarang???
macam mane generasi akan datang???
macam mane dunia zaman akan datang dengan masyarakat yang sedemikian???
macam mane nak membentuk masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika???
macam mane nak mencapai Wawasan 2020???


salah cikgu ke ???
salah cikgu ke ???
salah cikgu ke ???
salah cikgu ke ???
salah cikgu ke ???
salah cikgu ke ???
salah cikgu ke ???


fikir-fikirlah sendiri.............

mood : sebak  <____>



|| THANKS for READING ||

5.3.12

interview SPP as a Pegawai Perkhidmatan Pendidikan



JUMAAT
24 FEBRUARY 2012


adalah hari aku interview ngan SPP
untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan a.k.a guru
di Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ)


gambar kat bawah ni merupekan rakan-rakan seperjuangan cik niza
yang same-same menghadiri interview tu..huhu


[ name yang terhighlight merupakan name cik niza ye..hehe ]


Soalan-soalan yang ditanye semase interview tersebut :

1. Perkenalkan diri dan ape sebab pihak kami (SPP) perlu terime awak sebagai guru.
2. Nyatakan Rukun Negara mengikut urutan yang betul.
3. Yang mane lebih tinggi, Perlembagaan atau Undang-undang?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Keluhuran Perlembagaan?
6. Apakah ciri-ciri Guru Cemerlang?
7.  Bagaimanakah hendak menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Am?
8. Apakah pendapat anda, pelajar Tingkatan 6 dikatakan pelajar second class sedangkan mereka dilatih untuk mencari maklumat sendiri?
9. NKRA tu ape?
10. Apakah tujuan NKRA tu diwujudkan?
11. NKRA ade berape?
12. Nyatakan satu demi satu..huhu


okey...itu sahaja soalah semasa interview berkenaan..
hopefully, SAYA LULUS INTERVIEW INI..

amin.....



|| THANKS for READING ||

welcome back to school



WELCOME BACK TO SCHOOL


selamat kembali
 menelaah

 buku-buku teks sekolah
buku-buku nota
buku-buku rujukan
buku-buku latihan


kenape??
mengape??
why??


bukan sebagai seorang pelajar
tetapi
sebagai seorang guru


i'm now at SMK DATO' USMAN AWANG
sejak 9 January 2012
 sampai bile??
sampai 31 Mac 2012


selepas tarikh tersebut??
tak tau lagi..
masih tidak ade ape-ape perkembangan dari pihak KPM or JPNJ


hanya mampu wait and see
hope perkhabaran yang menggembirekan hati semue pihak



...smile :)



|| THANKS for READING ||

3.1.12

Welcome back to school


musim persekolahan 2012 akan bermule ESOK bersamaan 4.1.2012
cik niza mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

bagi yang nak amik pekse UPSR, PMR dan SPM tahun ni
kembali lah ke sekolah dengan satu azam yang baru
bagi yang masuk ke sekolah baru
selamat mencari kawan-kawan baru ye..
bukan makwe/pakwe baru..huhu
bagi cikgu-cikgu sekolah
selamat menjalankan tugas anda sebagai guru dengan penuh tanggungjawab

bagi cik niza
musim persekolahan ni dah lame berlalu
insyallah, akan datang musim persekolahan ni akan cik niza lalui juge
tetapi bukan sebagai PELAJAR sekolah
tetapi sebagai seorang GURU
insyallah..semoge ade rezeki cik niza

amin...



|| THANKS for READING ||

22.12.11

TAHNIAH for PMR candidates :)

sempena 22 december 2011 bersamaan keluarnye RESULT PMR
saya nak wish TAHNIAH kepada my x-students mase praktikal kat SMKL

TAHNIAH kat awak sume yang dapat result yang BEST!!!

ade jugak yang dapat 8A..sangat terer awak sume..hehe
semoge awak sume berjaye mencapai cite-cite masing-masing
SPM dua tahun lagi jangan diabaikan ye
tu la penentu hidup kita..nak keje sume tanye SPM tau..

GUD LUCK!!!

kat bawah ni gambar-gambar kenangan ngan pelajar-pelajar 3A SMKL
ni hari last mase praktikel ari tu..hehe


ni gambar kelas tingkatan 3A bersama dengan guru kelas diowang (gambar candid)
salah seorang daripada diowang yang bagi kat saya sebagai kenang-kenangan
iaitu HAFIS (duduk tiga dari kanan - berbaju biru iaitu pengawas)


**cikgu pun da macam anak murid..hahahaaa..



|| THANKS for READING ||