31.12.12

Jom shoping tudung 3 layer yang MURAH !!!

Assalamualaikum...
Hye readers...

Sapa kat sini yang suka pakai tudung??? Angkat tangan tinggi-tinggi... Hehe

Aku nak promote kat korang ni. Actually ni bukan bisnes aku, tapi bisnes akak Julaida Ab Razak atau nama facebook beliau Muhammad Yasmeen. Aku dah beli tudung 3 layer beliau sepasang. Mula-mula takut jugak nak beli tudung 3 layers ni, sebab takut pendek. So, untuk permulaan beli je la sepasang jek. Bile dah sampai, terus sarung. Taraaaaaa...ngam jek. Tak pendek, tak labuh. Melutup tuttttt. Hehe. Nak pakai ke sekolah kena la yang sopan dan tidak menjolok mata. Huhu...

Untuk permulaan aku beli tudung ini. Sila la menjamu mata anda ye :)



Ni la kak Julaida. Comei, cantik, cun melecun kan. Hihihi... Sape-sape yang berkenan tudung macam ni, boleh la ke fb beliau. Tak pun just KLIK HERE je. 

Tapi aku dah beli lagi 3 pasang okey. Baru je order. Hahahaha. 2 pasang untuk aku dan sepasang untuk my sis. Kongsi wit. Hehehee. So, korang tak nak ke?? Jom-jom terjah album fb beliau sebelum habis stok...

~ Selamat bershoping ~



|| THANKS for READING ||

30.12.12

Claim kursus PBS dah dapat

Assalamualaikum...
Hye readers...

Sebelum cuti akhir tahun tempoh hari, aku ada mengikuti KURSUS PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) di SMK Tenang Stesen. Jarak dari rumah ke tempat kursus sangat dekat. Dan tempat kursus itu juga adalah sekolah lama aku. Dapat la jumpe cikgu-cikgu mase form 4 and form 5 dulu. Antaranya Cikgu Nora dan Cikgu Lim Siew Phang.

Cikgu Nora dulu adalah guru kelas aku masa form4 and form 5. Beliau ajar subjek Bahasa Melayu. Cikgu Lim Siew Phang pula adalah cikgu Add Math dan Math Moden. Math Moden je yang aku boleh dapat A, tapi Add Math kirim salam je la. Haha. Papepun, SPM aku tetap LULUS semua okey. :)

Eh...da melalut jauh da ni. Sebenarnya nak cerita yang claim pergi kursus tu dah masuk. Yehaaaa !!! Happy kooo.... Mule-mule tengok Maybank2u, duit ape pulak la yang masuk ni. Nasib baik memory ni boleh berfungsi dengan baik. Hehe.

See....Jangan jeles okey. Sape-sape yang pergi kursus PBS tempoh hari, boleh la check akaun anda.

 

Best jadi cikgu ni. Dekat ke jauh ke, boleh claim-claim. Hehe. Tapi kalau dekat tu, nak tak nak je la claim. Kalau ada yang tak nak pun boleh. Kalau nak pun boleh. Hehe.

So, marilah kita berjimat-cermat kerana ia adalah amalan yang mulia. Sekian, pesanan dari penaja. :)
 
Okey bye readers...



|| THANKS for READING ||

Tugas baru 2013 !!!

Assalamualaikum...

Hye semua. Apa khabar?

Alhamdulillah. Mesyuarat awal tahun 2013 telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada semua guru yang dapat hadir. Pagi-pagi sampai sekolah, semua guru berwajah ceria. Al-maklumlah sebulan lebih tidak ketemu. Pasti terasa rindu di hati. Betul kan...?

Berakhirnya mesyuarat itu, maka berakhirlah juga segala persoalan di minda aku. Ye lah, sebelum mesyuarat hari tu punya lah risau dapat jawatan ape lah nanti. Masuk-masuk je bilik mesyuarat, terus dapat Buku Pengurusan Sekolah. Tahun ni punye cantik okey. Siap dibukukan lagi. Wahhhhh!! Teruja...


Benda pertama yang dibelek ialah BUKU PENGURUSAN ni lah. Motif nak cek jawatan ape yang bakal disandang.

TUGAS BARU 2013 
  • Guru Tingkatan 2B
  • Penyelaras Kelab / Persatuan
  • Ketua (P) Rumah Sukan Kasuari (Ungu)
  • Setiausaha PINCH
  • Penolong Setiausaha Pencatat Minit Mesyuarat Guru
  • AJK Perhimpunan Sekolah
  • AJK Penilaian Kokurikulum
  • AJK Merentas Desa 2013   
  • Guru penasihat (Kadet Polis (P), Kelab Rukun Negara, Permainan Hoki) 

Banyakkan. Alhamdulillah, memang dah agak bakal dapat jawatan-jawatan ni. GPK KOKO memang macam dah ain jek dari tahun lepas. Haihhh la Encik Supei. Papepun, please guide saya dapat menjalankan tugas. Peace yoo..

HARAPAN
Dengan jawatan-jawatan baru ini, aku dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berjaya. Semoga segala urusanku dipermudahkan. Amin... :)



|| THANKS for READING ||

26.12.12

mesyuarat awal tahun 2013

Assalamualaikum...

tahun 2012 bakal menutup tirai..
tak lama lagi tahun 2013 pula akan menjelama..
mesyuarat awal tahun bakal berlangsung..
bagi sekolah saya, mesyuarat mula 27hb 12 2012 dan 28hb12 2012..
then, bermulalah tugas sebagai seorang guru..
bagi yang menjadi guru tingkatan, akan sibuk menguruskan hal pendaftaran pelajar-pelajar..

agak-agak, aku jadi guru tingkatan ke tak ek... kelas mane la yang bertuah tu.. haihhhh..risau cheq...
subjek ape plak la yang aku dapat ni nanti... and kelas mane pulak la aku akan ajar..

sumenye bakal terjawab pada mesyuarat nanti... semoga semuanya elok-elok belaka...aminnnn...



|| THANKS for READING ||

7.12.12

s t r e s s


 
STRESS

TENSION

dengan situasi sekarang ni

betul ke tindakan aku dulu??

sedangkan aku memang takde ilmu itu

aku takut aku tak mampu

tak mampu nak laksanakan macam orang lain

aaarrrggghhhhhhhhhhhhh!!!



|| THANKS for READING ||

3.12.12

permohonan jawatan kosong @ UTEM


iklan jawatan kosong

untuk permohonan di UTEM, Melaka

26/11/2012 - 16/12/2012



klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut





|| THANKS for READING ||

2.12.12

alhamdulillah...duit klim pergi kursus induksi dah masuk..

pagi ni ade satu mesej masuk

mengatakan duit klim bukan SEPTEMBER dah masuk dalam akaun

dan terus la bukak maybank2u


 

yupppp...klim dah masuk...

alhamdulillah....

sikit pun, okey la tu kan..hehe


# ni duit klim mase pergi Kursus Induksi ari tu
kalo pergi kursus mane-mane memang boleh tuntut klim perjalanan 



|| THANKS for READING ||