29.11.12
tutorial : letak button Follow Twitter di blog
hallo........mowning u ols.......
pagi ni, cik niza nak aja satu lagi tutorial best untuk para blogger
bagi blogger lame dan baru, yang masih mencari
boleh la try wat kat blog sendiri ye
untuk nampak unik sikit.....hehe
STEP 1 : pergi ke link ini --> KLIK SINI...
STEP 2 : then, akan terpapar kat windows korang macam ni...
• 1 - tick kat FOLLOW [ ni untuk wat button follow la ]
• 2 - tulis username twitter korang
• 3 - copy code ni...
STEP 3 : dashboard - layout - add a gadjet - HTML/Javascript
STEP 4 : paste code yang korang copy tadi tu kat sini
STEP 5 : save
akan jadi la macam n...... -->
[ jangan lupe follow cik niza jugak...hehe ]
SELAMAT MENCUBE ~
|| THANKS for READING ||
28.11.12
perjalanan sebelum menjadi GURU
assalamualaikum sume
hari ni cik niza nak story-mory kat korang
ni berkaitan kesah perjalanan cik niza sebelum bergelar GURU BERJAWATAN TETAP
sebelum melanjutkan pelajaran ke UPSI dalam bidang pendidikan
cik niza belajar kat POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA dalam bidang kejuruteraan elektrik
ohooooo...budak letrik tau...jangan main-main...kene karen nanti....hehehe
di UPSI, cik niza belajar selama 8 semester bersamaan 4 tahun..lame kan...huhu
tahun pertama (2008) - semester 1 dan 2
tahun kedua (2009) - semester 3 dan 4
tahun ketiga (2010) - semester 5 dan 6
tahun keempat (2011) - semester 7 dan 8
TAHUN PERTAMA
belajar macam biasa....time tu, result terukkkk...hahahah
maybe sebab terkejot ngan subjek-subjek yang diambil...
sebab kos cik niza lebih ke arah sastera
mase sekola amik sains tulen, masuk poli amik kejuruteraan, masuk UPSI dapat sastera pulak
tak ke leh mereng jadinye....hahha
tapi tu la rezeki namenye...
TAHUN KEDUA
mase cuti semester nak naik semester 4
kami perlu menjalani ROS (Rancangan Orientasi Sekolah)
ni lah first time masuk ke sekolah bukan sebagai PELAJAR
macam-macam perasaan ade, excited, teruje, takot, seronok..
tapi ROS ni dalam tempoh masa 2 minggu sahaja
we just cari bahan untuk buat report
secara tak langsung bagi pendedahan awal tentang kehidupan sebagai seorang guru
cik niza menjalani ROS, di SMK Labis, Segamat, Johor.
seriusly...muke lom matang...hahahhahaaaaa
TAHUN KETIGA
belajar macam biasa....time tu da boleh catchup belajar da
result pun dah maintain dari semester 3..seronok sangat-sangat
start semester 3 tu la, da pandai nak maintain pointer
masing-masing nak kejar DEKAN..hehe
dan alhamdulillah, cik niza dapat merase mendapat ANUGERAH DEKAN beberapa kali
mase cuti semester nak naik semester 6
kami perlu menjalani LATIHAN INDUSTRI selama 8 minggu (2 bulan)
di mana-mana jabatan kerajaan atau swasta
cik niza melaksanakannya di PEJABAT FELDA BESOUT 2, SUNGKAI, PERAK
dalam tahun ni jugak iaitu dalam semester 6
da kene wat proposal untuk TESIS
tesis nye akan dilaksanakan dalam semester 7
memang pening la nak cari tajuk...huhu
alhamdulillah..pensyarah, rakan-rakan dan keluarga banyak membantu memberi idea
TAHUN KEEMPAT
memang sangat mencabar sebagai seorang mahasiswi
semester 7 memang sangat sibuk dengan TESIS
banyak kali jugak la turun naik KL
tapi bukan jenjalan makan angin ye..tapi pergi ke library UM, library negara, cari bahan tesis
boleh dikatekan tiap-tiap minggu mesti akan turun naik KL
pas tu, turun naik ke tempat kajian
mase tu, lokasi kajian cik niza kat Parit Makuaseng, Benut, Pontian..
family dan saudara-mara yang banyak membantu
dan alhamdulillah, semuanya selesai dan berjaya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
tesis yang dah siap dijilid sebanyak 3 copy
dan semester 8 iaitu semester terakhir
kemuncak bagi seorang mahasiswi pendidikan iaitu PRAKTIKAL
yup...kami menjalani praktikal selama 14 minggu (3 bulan setengah)
banyak yang cik niza pelajari mase praktikal ni
cik niza menjalankan praktikal di SMK Labis, Segamat, Johor
first time masuk kelas..tak yah cakap la
memang sangat-sangat takut, gugup..yela kan, tak penah cakap kat depan..hehe
tapi, lama-lama dah biasa..alhamdulillah
da nampak wajah keGURUan tak..??heheheee
ni la sedikit kesah perjalanan kehidupan cik niza semasa belajar
dan kita perlu berusaha untuk mendapatkan kejayaan
setiap kejayaan perlulah bermula dengan kesusahan
seperti pepatah melayu "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"
sesungguhnya, ibu dan ayah yang sangat nak melihat kita berjaya
yang nak tengok kita terima sijil mase konvokesyen
nasihat cik niza pada semua terutamanya anak-anak murid ku
belajar lah bersungguh-sungguh bermula di alam persekolahan
supaya kamu semua tidak akan menyesal kemudian hari
sekian..
terima kasih kerana membaca..
|| THANKS for READING ||
al-fatihah
[ sumber : akaun facebook allahyarhamah ]
AL-FATIHAH
seorang lagi rakan seperjuangan pergi menyahut panggilan Ilahi
walaupun tak berape rapat dengan allahyarhamah
tapi terasa kesedihan di hati
bagaimana pula caranya kita kembali kepada-Nya
hidup ni hanya pinjaman sahaja
cukup masanya, kita kena pulangkan semula kepada-Nya
|| THANKS for READING ||
27.11.12
Ya Allah ya tuhanku......
Ya Allah ya tuhanku......
aku hamba yang kerdil
aku bermohon kepadamu
permudahkanlah urusan ku
berikanlah aku keyakinan dalam meneruskan apa yang aku pilih ni ya Allah
bukakanlah pintu rezekiku ya Allah
murahkanlah rezekiku ya Allah
berkatilah rezeki yang aku perolehi ini ya Allah
amin...ya rabbal alamin
|| THANKS for READING ||
26.11.12
aku terima nikahnya
sape dah tengok cite ni, angkat tangannnnnn......
sangat romantik cite ni okehhhh...
lagi-lagi mase pas diowang ni nikah (dalam cite)
mesti penonton yang tengok cite ni mase tu, masing-masing berangan..besttttttnye tawinnnnnn...hikhikhik
ekceli, cikniza dh tengok cite ni lame da
tapi tengok on cd jek
nk g tengok kat wayang, takde sape-sape nak teman..huhu
cite ni ade hepy, romantic n sad scene
and hepy ending + ayat-ayat yang menyentuh jiwa
memang sedih sangat-sangat time Johan hilang ingatan tu
cian kat Arlisa..macam-macam die buat nak kembalikan ingatan husben die
dan lastnye die cam frust..and putus ase...
that time la, Johan dapat balik ingatan die tu
and die dapat pujuk Arlisa semule...hehehhe...
korang yang tak tengok lagi
pegi la tengok cepat
sape-sape yang dah kawin tu, suggestion ikhlas dari cikniza, g tengok same-same ye..hehe
SELAMAT MENONTON ~
|| THANKS for READING ||
tutorial : wishlist dalam sidebar
sume kat sini mesti ade impian masing-masing kan
atau kate omputehnye WISHLIST
korang tau cam ne nak wat WISHLIST kat sidebar??
okehhh...sy akan ajar...
ni pun jenuh la mencari semalam
satu ari ngadap laptop search google
tapi akhirnyeeeee..BERJAYA..........sokaaaaa wehhhh..hehe
STEP 1 : pergi kat DASHBOARD..klik LAYOUT
STEP 2 : klik ADD A GADJET
STEP 3 : klik simbol + kat HTML/JavaScript
STEP 4 : copy link kat bawah ni dan paste kan dalam HTML/JavaScript tadi..tang tajuk tu korang wat la WISHLIST atau pape la yang korang nak..
okehhh...tapi jangan save dulu...edit dulu link ni..
• warne BIRU --> tulis ape hajat korang..pastikan kedua-dua bahagian sama (WISHLIST 1 mesti same dengan WISHLIST 1 jugak)
• warna HIJAU --> hajat korang yang dah tercapai korang tulis "checked", yang belum tercapai korang tulis "disabled"..kalau tulis "checked", nanti kotak kecik tu akan tertick.
STEP 5 : klik SAVE
taraaaaaaa.....then jadi la macam ni........
SELAMAT MENCUBE ~
|| THANKS for READING ||
25.11.12
kini kembali
SAYA CIK RUSNIZA
KINI KEMBALI KE DUNIA MAYA
sebagai part time blogger
setelah beberapa bulan menyepi
|| THANKS for READING ||