Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini. Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang.
Satu kecelakaan telah menimpa Pak Harjo ketika dalam perjalanan untuk lawatan kerja di Tamparuli, Sabah sehingga meragut nyawanya. Demi mengisi kekosongan hati Mikha yang baru kehilangan insan tersayang, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu.
Namun, kebahagiaannya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. Namun, Mikha dan Doni telah memutuskan perhubungan istimewa mereka di Jakarta, kerana mereka merasakan adalah lebih sesuai untuk menjalinkan hubungan sebagai adik beradik.
Mikha terus menuju ke Kota Kinabalu untuk mencari cintanya semula bersama Zamani. Namun semuanya telah terlambat apabila Zamani terlibat dalam kemalangan udara apabila helikopter yang dipandunya terhempas. Mikha merasai kehilangan apabila Zamani yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya.
****************************************************************************************
yeahhhhh.....
sape yang dah tengok cite ni??
korang tengok kat ne??
beli cd or tengok kat wayang or tengok online??
aku tengok online jek...kebetulan ade full movie nye kat Youtube
pe lagi...layan jek la..hehehhe
cite ni sad ending okey
tapi tak bape nak touching aku la..hehehehe
maybe sebab pelakonnye digabungkan antare pelakon Malaysia ngan pelakon Indon kot..huhu
but i like the hero okey..hehehhe
kalo korang nak tengok gak cite ni..boleh saje
ape salahnye support industri perfileman malaysia kan..
okey...selamat menonton............
OFFICIAL TRAILER