30.12.12

Tugas baru 2013 !!!

Assalamualaikum...

Hye semua. Apa khabar?

Alhamdulillah. Mesyuarat awal tahun 2013 telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada semua guru yang dapat hadir. Pagi-pagi sampai sekolah, semua guru berwajah ceria. Al-maklumlah sebulan lebih tidak ketemu. Pasti terasa rindu di hati. Betul kan...?

Berakhirnya mesyuarat itu, maka berakhirlah juga segala persoalan di minda aku. Ye lah, sebelum mesyuarat hari tu punya lah risau dapat jawatan ape lah nanti. Masuk-masuk je bilik mesyuarat, terus dapat Buku Pengurusan Sekolah. Tahun ni punye cantik okey. Siap dibukukan lagi. Wahhhhh!! Teruja...


Benda pertama yang dibelek ialah BUKU PENGURUSAN ni lah. Motif nak cek jawatan ape yang bakal disandang.

TUGAS BARU 2013 
  • Guru Tingkatan 2B
  • Penyelaras Kelab / Persatuan
  • Ketua (P) Rumah Sukan Kasuari (Ungu)
  • Setiausaha PINCH
  • Penolong Setiausaha Pencatat Minit Mesyuarat Guru
  • AJK Perhimpunan Sekolah
  • AJK Penilaian Kokurikulum
  • AJK Merentas Desa 2013   
  • Guru penasihat (Kadet Polis (P), Kelab Rukun Negara, Permainan Hoki) 

Banyakkan. Alhamdulillah, memang dah agak bakal dapat jawatan-jawatan ni. GPK KOKO memang macam dah ain jek dari tahun lepas. Haihhh la Encik Supei. Papepun, please guide saya dapat menjalankan tugas. Peace yoo..

HARAPAN
Dengan jawatan-jawatan baru ini, aku dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berjaya. Semoga segala urusanku dipermudahkan. Amin... :)



|| THANKS for READING ||

26.12.12

mesyuarat awal tahun 2013

Assalamualaikum...

tahun 2012 bakal menutup tirai..
tak lama lagi tahun 2013 pula akan menjelama..
mesyuarat awal tahun bakal berlangsung..
bagi sekolah saya, mesyuarat mula 27hb 12 2012 dan 28hb12 2012..
then, bermulalah tugas sebagai seorang guru..
bagi yang menjadi guru tingkatan, akan sibuk menguruskan hal pendaftaran pelajar-pelajar..

agak-agak, aku jadi guru tingkatan ke tak ek... kelas mane la yang bertuah tu.. haihhhh..risau cheq...
subjek ape plak la yang aku dapat ni nanti... and kelas mane pulak la aku akan ajar..

sumenye bakal terjawab pada mesyuarat nanti... semoga semuanya elok-elok belaka...aminnnn...



|| THANKS for READING ||

7.12.12

s t r e s s


 
STRESS

TENSION

dengan situasi sekarang ni

betul ke tindakan aku dulu??

sedangkan aku memang takde ilmu itu

aku takut aku tak mampu

tak mampu nak laksanakan macam orang lain

aaarrrggghhhhhhhhhhhhh!!!



|| THANKS for READING ||

3.12.12

permohonan jawatan kosong @ UTEM


iklan jawatan kosong

untuk permohonan di UTEM, Melaka

26/11/2012 - 16/12/2012



klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut





|| THANKS for READING ||

2.12.12

alhamdulillah...duit klim pergi kursus induksi dah masuk..

pagi ni ade satu mesej masuk

mengatakan duit klim bukan SEPTEMBER dah masuk dalam akaun

dan terus la bukak maybank2u


 

yupppp...klim dah masuk...

alhamdulillah....

sikit pun, okey la tu kan..hehe


# ni duit klim mase pergi Kursus Induksi ari tu
kalo pergi kursus mane-mane memang boleh tuntut klim perjalanan 



|| THANKS for READING ||