dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk disayangi
ada rasa untuk diberi perhatian
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya
ANDAINYA LELAKI TAHUada naluri untuk disayangi
ada rasa untuk diberi perhatian
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya
rajuk seorang perempuan
minta dipujuk
marah seorang perempuan
perlu didekati
sedih seorang perempuan
harus didengari
gembira seorang perempuan
ingin dikongsi
ANDAINYA LELAKI TAHU
disebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati
nan lembut
bukan untuk dimanjai
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh
hanya perlu sedikit perhatian
agar rasa kasih itu
terasa wujud
walau disaat kejauhan
kerana ANDAINYA LELAKI TAHU
hati ini akan sentiasa bertanya
pada diri seorang perempuan
wujudkan cinta itu dihati lelaki??
bila disaat kejauhan tanpa perkhabaran
sayangilah seseorang itu
atas dasar siapa dirinya sekarang
bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini
cintailah seseorang itu kerana hatinya
bukan paras rupanya semata-mata