20.4.13

BEN ASHAARI dan WEECLICKS




for the first time in this year, beliau melancarkan satu segmen
aku ternampak segmen ni pun daripada facebook beliau
seo, sape-sape yang nak join
just klik banner atas ni ye...

tapi ingat.... sebelum jam 5.00 petang hari ini (20/4/2013) ye


SOALAN SEGMEN
Kenapakah anda nak menjana pendapatan melalui internet ini?

Kerana, pada masa kini semuanya berada di hujung jari. Sekarang pun dunia dikatakan sebagai DUNIA IT yang TANPA SEMPADAN. Jadi melalui internet, sy dapat menjana pendapatan. Dengan duduk depan lappy jek, kita boleh mendapat customer. So, dengan kemajuan teknologi sekarang, kita perlu gunakan sebaik mungkin kelebihannya. ^_^ 


hihihihi....agak formal jawapan sy ye..hihi 
tapi tulah ape yang sy fikirkan...apa yang sy lakukan sekarang... 



|| THANKS for READING ||

7.4.13

Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

BULAN APRIL 2013 INI

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) TELAH MEMBUKA PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

URUSAN PENGISIAN JAWATAN KOSONG INI ADALAH UNTUK PERMOHONAN PERINGKAT SPM (GRED 17)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 14 APRIL 2013 JAM 11.59 MALAM








|| THANKS for READING ||

Maera Ismail Giveaway 2013



JOM JOIN

TAPI SEBELUM TU, TENGOK LA DULU SYARAT-SYARATNYA


ATAU KLIK BANNER KAT ATAS NI


TEMPOH GA : 5 APRIL 2013 - 9 APRIL 2013

PENGUMUMAN PEMENANG : 10 APRIL 2013


SELAMAT MENCUBA ^_^





|| THANKS for READING ||

5.4.13

Peribahasa : Simpulan Bahasa Tingkatan 2

- Peribahasa ialah susunan kata yang tetap dan mempunyai maksud yang tertentu.
- Peribahasa terdiri daripada :
  * simpulan bahasa
  * bidalan
  * pepatah
  * perumpamaan
  * kata-kata hikmat

MAKSUD SIMPULAN BAHASA
  1. Bawa alamat - memberi tanda
  2. Singkat akal - kurang cerdik / pendek fikiran
  3. Perang dingin - tidak bertegur sapa kerana berselisih pendapat
  4. Baik sangka - mempunyai tanggapan yang baik terhadap seseorang
  5. Langkah bendul - berkahwin terlebih dahulu daripada kakaknya
  6. Mencolok mata - sesuatu yang tidak manis dipandang
  7. Berbalik hati - berubah hati
  8. Membanting tulang - bekerja keras / bekerja kuat
  9. Batu loncatan - orang / tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu tujuan
  10. Bidan terjun - orang yang diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak ( kerana orang yang sepatutnya tidak ada / tidak hadir )
  11. Tangkap muat - hanya sekadar menyiapkan sesuatu kerja
  12. Lapang dada - berasa senang / lega
  13. Mati kutu - tidak dapat berbuat apa-apa lagi
  14. Tangkai jering - orang yang kedekut
  15. Salah adat - tidak mengikut kebiasaan / adat
  16. Jantung hati - orang yang disayangi
  17. Tumbuk rusuk - mengamalkan rasuah



|| THANKS for READING ||

1.4.13

Jom sekolah esok...

hyeee readers....



Kejap je da nak naik sekolah semule....
Rasenye macam baru semalam je mule cuti... Huhu
Ternyata cuti seminggu rase macam tak cuti..
Sebab hari-hari buat kerje sekolah...
Padahal, kalau fokus buat je memang la cepat siap, ni tak...
Sebelum buat kerja, buka facebook dulu...
Memang sah la ngadap facebook lagi lame dari ngadap kerja.. Hahahaha

Tapi aku berjaya menghabiskan tande semua buku-buku latihan students aku
Yeahhhhh... Ni la hasil tekadkan diri tak on laptop sehari... Hehe

Next time memang kene cekalkan hati...
Kalau tak, memang sume kerja tak menjadi... Huhhhh


* okeh !! Jom tidur sume... Esok nak bangun pagi... Kita pergi sekolah ramai-ramai....... ^_^




|| THANKS for READING ||

25.1.13

Nama ayah sama tapi bukan adik-beradik

Assalamualaikum...
Hye sumer...

Aku nak story cikit ni. Hehe. Sebelum ni aku ade cite kan tentang tugas-tugas aku kat sekolah tahun ni. Kalo tak penah baca, leh klik SINI. Oleh sebab itu, tugas pertama sebagai PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN, aku kene susun semula nama pelajar-pelajar form 1 yang daftar dalam kelab dan persatuan. Kalau badan beruniform dan sukan permainan, penyelaras berkenaan la yang settle kan. Hehe.

Tengah dok khusyuk belek sehelai-sehelai kertas pendaftaran student-student ni. Tiba-tiba aku terpandang satu nama ni yang ber'bin' kan sama dengan nama ayah ku. Cuma ejaan MOHD nye je yang lain. Hehe. Tiba-tiba rasa sangat teruja sebab ni la kali pertama aku jumpe nama yang sama dengan nama ayah aku. Huhu.

Ni la buktinya.....Lihat pada perkataan yang bergaris warna merah..



Nama ayah aku ialah MOHAMED KASEH @ MOHAMAD KASEH tapi nama ayah student ni MOHD KASEH. Hehe... Sama kan. Tapi kami bukan adik-beradik ye.

Misi aku kali ni, nak cari student ni. Boleh tak?? Hehe...

 

|| THANKS for READING ||

5.1.13

Tambah Trafik Tambah Follower 2013



Blog nizamk.blogspot.com ini adalah merupakan blog yang mencatatkan mengenai kisah harian, dunia guru, produk PREMIUM BEAUTIFUL dan perkongsian fakta menarik untuk mengisi masa lapang dalam kehidupan sebagai seorang wanita yang bergelar guru dan anak. Pemilik blog nizamk.blogspot.com juga ingin menjadikan blog ini sebagai blog pendidikan buat blogger, anak-anak didik dan semua yang berada di dunia maya dengan berkongsi informasi-informasi yang bermanfaat kepada semua.

Jom meriahkan segmen Tambah Trafik Tambah Follower 2013 sebagai salah satu usaha untuk memperkenalkan blog anda kepada rakan blogger yang lain. Nak join??? Just klik banner di atas sahaja.



|| THANKS for READING ||

Panggilan misteri yang memberikan pelbagai tawaran

Assalamualaikum...
Hye readers...

Hari ni aku nak kongsi satu cerita tentang panggilan-panggilan dari nombor yang tidak diketahui asal-usulnya. Huhu… Mesti korang pun selalu dapat panggilan macam ni kan. Yelah, kadang-kadang jadi missed call jek sebab tak dengar bunyi handphone. Kadang-kadang memang korang taknak angkat. Tak kesah la tu.


Kalau aku, aku akan angkat setiap call tapi tu pun kalau kebetulan pendengaran aku dapat menangkap bunyi handphone la. Hehe… Sebabnya mana la tau, tu panggilan penting dari mana-mana la. Sebab tu harus di angkat. Huhu… Tapi kadang-kadang terperangkap juga. Rupanya yang call tu dari agensi mana-mana la yang bagi tawaran insurans la, hadiah la. Haihhh, macam-macam la.

Ayat yang selalu mereka gunakan “Panggilan ini dirakam…”, “Anda merupakan salah seorang pengguna akaun Maybank yang aktif…”. Ni antara yang aku pernah dapat la. Huhu… Bila dah macam ni diorang akan minta kebenaran masa kita dalam 2 atau 3 minit. Tapi bila diorang dah bercakap, lebih dari 2 atau 3 minit. Agak terganggu juga la kalau macam tu. Huhu… Last sekali, diorang akan bagi tawaran pape la, misalnya tawaran insuran. Bulan-bulan akan ditolak dari akaun kita sebanyak RM *** and diorang akan minta nombor akaun kita.

Baru-baru ni, aku dapat 2 panggilan yang macam ni. Panggilan pertama dari 03-58855700. Ni panggilan dari pihak Maybank katanya. Masa dapat panggilan ni, aku tengah meting guru. So, ada la alasan. Haha… Katanya dia akan call balik dalam jam 2 petang la macam tu. Bila dia call, aku tak angkat pun. Bukannya apa, kalau dia call and cakap panjang lebar kat aku pun, confirm jawapan aku “Tak pe la.. Tak nak la… Mintak maap ye..”. Huhu...

Panggilan kedua dari 03-27225678. Yang ni aku tak tau dari mana, sebabnya aku tak pernah angkat pun call dari nombor ni. Mula-mula dia call aku tengah tidur kot, agaknya aku terangkat. Haha… Pas tu dia call balik, so jadilah missed call je. Then, buat tak tau je la. Huhu… 2 atau 3 hari lepas tu, dia call lagi. Tapi aku tak angkat sebab tak dengar. Masa tu dah start ngaja da. Handphone dalam bag, tak dengar. Huhu… Hari ni tetiba teringin nak search nombor ni kat Goggle. Then keluar la satu blog ni yang cerita tentang nombor-nombor ni. Huhu… Then, aku try cari info dari WhoCallsMe. Taraaaa…ramai juga rupanya yang dah pernah dapat call dari nombor ni.

So, kalau korang terima call atau missed call dari nombor-nombor yang tidak dikenali, dan korang nak tau dari mana. Boleh try cari info kat WhoCallsMe. Taipkan nombor telefon berkenaan dan search.

Moral of the story : beringat sebelum terkena. Sebab lastnya, diorang akan minta nombor akaun kita dan akan tolak bulan-bulan beberapa jumlah yang dia beritahu. Tapi bila dah confirm, jumlah yang ditolak melebihi jumlah asal yang diberitahu. Harap dijauhkan semuanya.

Kredit : Pokpa blog



|| THANKS for READING ||

2.1.13

welcome back to school 2013

 
 
gud mowning everyone

how u feel today??

happy?? sad?? excited ??

SAYA MENGUCAPKAN

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DI TAHUN BARU 2013


KEPADA PELAJAR-PELAJAR SAYA

saya sangat-sangat pasti

kamu sume datang ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan 2013
  
dengan baju sekolah baru, kasut sekolah baru, beg sekolah baru

dengan wajah yang ceria, semangat yang berkobar-kobar

dan pastikan juga dengan azam dan niat yang baru

untuk menjadi pelajar yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini 


KEPADA PARA PENDIDIK [termasuk saya]

saya juga pasti


anda sume datang ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan 2013

dengan kemeja baru, tie baru, kasut berkilat
[bagi lelaki]

dengan baju baru, tudung baru, kasut baru, handbeg baru
[bagi perempuan]

dan pastikan juga

dengan azam dan niat yang membara untuk mendidik anak bangsa

dengan niat untuk menjadi seorang guru

yang lebih baik

yang lebih cekal

yang lebih kreatif

yang lebih berdedikasi
  
dari tahun-tahun sebelum ini

jika niat anda baik, pasti Tuhan akan membantu anda
sesungguhnya, tugas mendidik adalah tugas yang paling mulia



|| THANKS for READING ||

1.1.13

gudbye 2012, welcome 2013


GUD BYE 2012

and
 
WELCOME 2013

semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun yang sebelum ini

sume fikir azam baru sekarang
and sentiasa berdoa semoga ianya tercapai
amin...
  
azam baru saya??? 
rahsia.......hehe 



|| THANKS for READING ||